Wednesday, December 28, 2005

Stupid Questions!

Actual stupid questions asked. The below excerpts appeared in the Salt Lake Tribune. They were taken from real court records.
Now doctor, isn't it true that when a person dies in his sleep, in most cases he just passes quietly away and doesn't know anything about it until the next morning?
Q: What happened then?
A: He told me, he says, "I have to kill you because you can identify me."
Q: Did he kill you?
Was it you or your brother that was killed in the war?
The youngest son, the 20-year-old, how old is he?
Q: She had three children, right?
A: Yes.
Q: How many were boys?
A: None.
Q: Were there any girls?
Were you alone or by yourself?
Q: I show you Exhibit 3 and ask you if you recognize that picture?
A: That's me.
Q: Were you present when that picture was taken?
Were you present in court this morning when you were sworn in?
Q: You say that the stairs went down to the basement?
A: Yes.
Q: And these stairs, did they go up also?
Q: Now then, Mrs. Johnson, how was your first marriage terminated?
A: By death.
Q: And by whose death was it terminated?
Q: Do you know how far pregnant you are now?
A: I'll be three months on March 12th.
Q: Apparently then, the date of conception was around January 12th?
A: Yes.
Q: What were you doing at that time?
Do you have any children or anything of that kind?
Was that the same nose you broke as a child?
Q: Mrs. Jones, do you believe you are emotionally stable?
A: I used to be.
Q: How many times have you committed suicide?
So, you were gone until you returned?
You don't know what it was, and you didn't know what it looked like, but can you describe it?
Q: Have you lived in this town all your life?
A: Not yet.
A Texas attorney, realizing he was on the verge of unleashing a stupid question, interrupted himself and said, "Your Honor, I'd like to strike the next question."
Q: Do you recall approximately the time that you examined that body of Mr. Huntington at St. Mary's Hospital?
A: It was in the evening. The autopsy started about 5:30 P.M.
Q: And Mr. Huntington was dead at the time, is that correct?
A: No, you idiot, he was sitting on the table wondering why I was performing an autopsy on him!

Interesting Facts - NOKIA Mobile Phones

Some interesting facts for your Nokia Mobile.
Imagine your mobile battery is very low, you are expecting an Important Call and you don't have a charger. Nokia instrument comes with reserve Battery. To activate, key is *3370# your mobile will restart with this reserve and your instrument will show a 50% increase in battery. This Reserve will get charged when you charge your cell next time.
The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find yourself out of coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you.
Do share this important info with others too. Hope you'll never need to use it though! And interestingly, this number 112 can be dialed even while the keypad is locked. Try it out!

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA

Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.
Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?
Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop Arabising Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.
Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.
Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit pada malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doaselamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.
RAKYAT KETAGIH HIBURAN
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu,tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.
Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ringtone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.
Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.
Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!
Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca marba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.
APAKAH SEMUA INI?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!" Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan malapetaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!
Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.
Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.
Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan melihat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.
Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Ya Allah... selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.
@ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
17 Ogos 2005

Story Morry

Story No 01
Three fastest means of communication:
1. Telephone
2. Television
3. Tell-a-woman
Story No 02
One day, DUREX complained to KOTEX: "Every time u work, I gotta 7 days off!
"KOTEX retorted: "Whenever u make a mistake during work, I gotta take 9 months leave".
Story No 03
A man called his...
4th wife - Baby doll
3rd wife - China doll
2nd wife - Barbie doll
1st wife - Guess What? - Panadol
Story No 04
Friends are like underwear, always near you.
Good friends are like condoms, always protecting you.
Best friends are like Viagra, lift you up when you are down.
Story No 05
Man tell MP: My son's a drug addict, my daughter's a prostitute, and my wife's a gambler.
MP: Isn't there anything positive in your family?
Man: Yes, I am HIV positive

It was a gloomy Saturday afternoon, a flock of birds spending great time searching for food and playing on the main road. Out of sudden, a big truck speed through, and a black shadows noticeable on the road... sad thing had happened again.

Birds are also rich in feeling too, although this bird already dead. However, another birdfly over to her immediately, just like a family member, unable to accept the truth.

Not long after that, another car storm in and causing dead bird's body whirl with the wind. The spouse notice the movement as if she's still alive. He quickly fly besides her again.

He stayed besides her and yell. "WHY YOU'RE NOT GETTING UP?"

Unfortunately, she no longer able to hear him. At the mean time, he's trying to lift her up.


He, of cause was unable to bear the burden, keep flocking his wings, one time after another.


Another car soon passing by. He quickly fly off, once the car has gone. He came down again.


Although other's bird has told him its useless,. however, he never give up! He is trying his best to lift her up to see her flying again! Another car passed by, her dead body whirl again... as if still alive and trying to fly. He took this as impetus, trying in different way to encourage her to fly again!!!

He had used all of his energy. However, no reply in the end.

Photographer said, he couldn't shoot any longer. Photographer is so worried that the living bird is going to get hurt, though he picked up the dead bird and leave it at the roadside. The live one lingering at surrounding tree as if crying with his singing, refuse to leave.

After I had finished this, my first instinct is to circulate to all of you. To be honest, I felt that human in today's world does not carry the sympathy as birds did. Hope that we all will appreciate life and love, treat everyone in your life truthfully!

Perihal Zam Zam



The picture above is the Molecule of Zam-zam, the holiest and most sacred water to Muslims. Here's the article (in Malay) about this, forwarded by Mama's friend to my e-mail.

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama. Kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit? Baca dan hayatilah petikan di bawah.

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Di antaranya:

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air. Beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin sekalian. Sampel-sampel air yang diambil dari pelbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi."

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. Masya Allah! Cantik! Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini?". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab, "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam."

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam." "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini." jawab Pensyarah. Profesor berkata, "Saya tak tahu sama ada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experimen bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Subhanallah! Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik. Maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah! Daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini, marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah, "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Didiklah Anak

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru² ini. Ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini. Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum Zohor. Kedua² suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu Zohor masuk. Abang yg tua mengajak semua adik²nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam. Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. Dia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal.
Subhanallah! Adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk. Ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak² yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua² org tua mereka atau mana² org dewasa dan tanpa disuruh².
Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan Subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak² kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air pada waktu Subuh paling awal. Si ayah menunggu anak²nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepjg mereka solat.
Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "anak²... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa..." Dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah Subuh yg disampaikan.
Subhanallah... bila ditanya kpd si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak²nya, dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang²nya Al-Fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun, anak² mereka semuanya lelaki. Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak² mereka terabai tanpa pedoman. Cuba kita tanya diri kita sendiri. Berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat berjemaah dalam keluarga? Berapa ramai anak² Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk? Berapa ramai anak² berumur 13 thn yg pandai mengimami solat memimpin adik² mereka? Dan berapa ramai ibu bapa yg berjaya mendidik anak² mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa? Subhanallah! Alhamdulillah! Moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata²nya masih belum berumahtangga.
"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH"
Ditakdirkan dicabut nyawa seorang ayah, mampukah seorang anak sekurang-kurangnya berjemaah mensolatkan jenazah ayahnya? Takala satu jenazah dimandi dan dikapankan, rohnya berada disisinya, dapatlah roh tersebut melihat anak anak yang disayangi sibuk menolong menyempurnakan batang tubuhnya yang telah kaku itu. Bayangkan anda sebagai roh tersebut melihat anak² anda yang baik² itu lari (dengan pelbagai alasan) bila tiba masa mensolatkan jenazah anda.

Answering Machine

Here are five funny phone answering machine messages:

  • Hello, you've reached Jim and Sonya. We can't pick up the phone right now, because we're doing something we really enjoy. Sonya likes doing it up and down, and I like doing it left to right... real slowly. So leave a message, and when we're done brushing our teeth we'll get back to you.
  • Hi, this is John. If you are the phone company, I've already sent the money. If you are my parents, please send money. If you are my financial aid institution, you didn't lend me enough money. If you are my friends, you owe me money. If you are a female, don't worry, I have plenty of money.
  • Hi, I'm probably home, I'm just avoiding someone I don't like. Leave me a message, and if I don't call back, it's you.
  • Please leave a message. However, you have the right to remain silent. Everything you say will be recorded and will be used by us.
  • (Sexy female voice with heavy panting) Hi, you've reached 555-3456. John is in... (sigh) Oh no, he's out... (aah) Yes, he's in again... (ooh) No, he's out... (aah) Why don't you just leave your name and number and he'll call you as soon as he... comes...

Tuesday, December 27, 2005

Hari Malang Anda?

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengansirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini. Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api!

20 Mac 1998.

MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?

Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal. Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke?) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper tak taula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!! Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa dibawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi...) salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator...

Akhbar Florida.

MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?

Ingat! Mungkin ini lebih buruk...

Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai menonton thiller... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.

Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayardari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik. Suamiku terkena kejutan elektrik!!! Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.

Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu.

AKHIR SEKALI

Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan "Return To Sender" dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang diset meletup apabila dibuka... menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah...

Exxon Valdez* - Nama kapal milik syarikat Exxon Shipping Company (sekarang dikenali SeaRiver Shipping Company). Menyebabkan tumpahan minyak semasa dalam perjalanan merentas Alaska pada 23 Mac 1989. Tumpahan yang berlaku: 11 juta gelen atau 257 000 tong minyak. Liputan minyak seluas 1300 batu dengan 200 batu yang terhampir dengan punca adalah tumpahan kritikal. Kos pembersihan adalah USD$2.1 bilion!! (bukan juta tau) melibatkan 10 ribu pekerja, hampir 1 ribu bot dan kira-kira 100 buah kapal terbang serta helikopter. Bangkai lebih 35 ribu burung dan 1 ribu memerang laut dijumpai. Namun disebabkan banyak lagi bangkai yang tenggelam ke dasar laut, anggaran sebenar kematian haiwan adalah 250 ribu ekor burung, 2 800 ekor memerang laut, 300 ekor anjing laut, 250 ekor helang botak (haiwan yang dilindungi sepenuhnya di US), 22 ekor paus pembunuh dan berbilion telur ikan salmon dan herring.

Disorder In The Courts

These are from a book called Disorder in the Courts of America, and are things people actually said in court, word for word, taken down and nowpublished by court reporters who had the torment of staying calm while these exchanges were actually taking place.
ATTORNEY: Now doctor, isn't it true that when a person dies in his sleep, he doesn't know about it until the next morning?
WITNESS: Did you actually pass the bar exam?
ATTORNEY: Were you present when your picture was taken?
WITNESS: Would you repeat the question?
ATTORNEY: So the date of conception (of the baby) was August 8th?
WITNESS: Yes.
ATTORNEY: And what were you doing at that time?
WITNESS: Uh...
ATTORNEY: She had three children, right?
WITNESS: Yes.
ATTORNEY: How many were boys?
WITNESS: None.
ATTORNEY: Were there any girls?
ATTORNEY: How was your first marriage terminated?
WITNESS: By death.
ATTORNEY: And by whose death was it terminated?
ATTORNEY: Can you describe the individual?
WITNESS: He was about medium height and had a beard.
ATTORNEY: Was this a male or a female?
ATTORNEY: Doctor, how many of your autopsies have you performed on dead people?
WITNESS: All my autopsies are performed on dead people.
ATTORNEY: Do you recall the time that you examined the body?
WITNESS: The autopsy started around 8:30 p.m.
ATTORNEY: And Mr. Denton was dead at the time?
WITNESS: No, he was sitting on the table wondering why I was doing an autopsy on him!
ATTORNEY: Are you qualified to give a urine sample?
WITNESS: Huh?
ATTORNEY: Doctor, before you performed the autopsy, did you check for a pulse?
WITNESS: No.
ATTORNEY: Did you check for blood pressure?
WITNESS: No.
ATTORNEY Did you check for breathing?
WITNESS: No.
ATTORNEY: So, then it is possible that the patient was alive when you began the autopsy?
WITNESS: No.
ATTORNEY: How can you be so sure, Doctor?
WITNESS: Because his brain was sitting on my desk in a jar.
ATTORNEY: But could the patient have still been alive, nevertheless?
WITNESS: Yes, it is possible that he could have been alive and practicing law.

Why Doctor Highly Paid?

A mechanic was removing the cylinder heads from the motor of a car when he spotted the famous heart surgeon in his shop, who was standing off to the side, waiting for the service manager to come to take a look at his car. The mechanic shouted across the garage, "Hello Doctor! Please come over here for a minute." The famous surgeon, a bit surprised, walked over to the mechanic. The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked argumentatively, "So doctor, look at this. I also open hearts, take valves out, grind 'em, put in new parts, and when I finish this will work as a new one. So how come you get the big money, when you and me is doing basically the same work?" The doctor leaned over and whispered to the mechanic... "Try to do it when the engine is running."

Lelaki VS Perempuan (lunch time)

Lelaki
  1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
  2. Sampai kedai makan, masuk
  3. Ambik Pinggan
  4. Letak nasi
  5. Letak Lauk
  6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
  7. Makan
  8. Habis
  9. Balik Opis or
  10. G surau

Perempuan

  1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
  2. Perhatikan orang waktu jalan
  3. Sempat mengumpat dulu
  4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
  5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
  6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
  7. Ramai orang, cari kedai lain.
  8. Jalan lagi
  9. Dah puas ati, masuk
  10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
  11. Carik² pinggan, ambik pinggan
  12. Belek-belek pinggan, bersih ke? Tak bersih? eeeiii...
  13. Dah puas ati, ambik nasi
  14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
  15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
  16. Buang balik nasi - banyak
  17. Tak puas ati, banyak lagi, buang lagi (tinggal sejemput)
  18. Godek² sikit nasi dalam pinggan 2 minit
  19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tengok sana, tengok sini
  20. Jenguk dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
  21. Jenguk bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
  22. Jenguk lagi sambil tu tengok² orang, jeling-jeling
  23. Ambil lauk
  24. Pusing lagi
  25. Carik sayur pulak!
  26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
  27. Ke kaunter bayaran
  28. Tgk² nasi dlm pinggan
  29. Berbisik ngan kawan, "alamak... byk la aku ambik"
  30. Sampai depan kaunter, "berapa?"
  31. Bukak dompet, belek² celah kad² bank, celah kad² nama, celah gambar²
  32. Keluarkan duit
  33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
  34. Bayar. Berdiri masukkan duit baki
  35. Tutup dompet. Ambik nasi
  36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
  37. Jumpa tempat duduk. Alamak, kotorlah!!!
  38. Cari tempat duduk lain
  39. Jumpa. Duduk.
  40. Alamak. Air tak order lagi
  41. Tinjau², carik org order air sambil tangan betulkan tudung
  42. Order air
  43. Bangun
  44. Ambik sudu
  45. Duduk
  46. Bangun
  47. Ambik Tisu
  48. Duduk
  49. Air sampai
  50. Belek dompet (Step tadi)
  51. Bayar
  52. Tutup
  53. Minum air
  54. Start makan
  55. Tengok-tengok orang sambil makan
  56. Makan separuh, kenyang
  57. Sebab dah minum air
  58. Letak sudu, letak garpu
  59. Pinggan tolak tepi
  60. Borak² kata makanan tak sedap
  61. Ngumpat² tgk orang
  62. Pukul 2, naik opis
  63. Ambik beg makeup, g surau!!!


No wonder women are more complex than men emotionally :)

Marriage Humours

Women are unpredictable. Before marriage, she expects a man. After marriage she suspects him After death she.
There was this guy who told his woman that he loved her so much that he would go thru hell for her. They got married - and now he is going thru hell.
A man inserted an 'ad' in the classifieds: "Wife wanted." Next day, he received a hundred letters. They all said the same thing: "You can have mine."
When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing; either the car is new or the wife.
It's easy to tell if a man is married or not. Just watch him drive a car with a woman sitting beside him. If both his hands are on the wheel, you can be sure he is married.
A man received a letter from some kidnappers. The letter said, "If you don't promise to send us $100,000 I swear that we will kidnap your wife." The poor man wrote back, "I am afraid I can't keep my promise but I hope you will keep yours."
"What's the matter? You look depressed." "I'm having trouble with my wife." "What happened?" "She said she wasn't going to speak to me for 30 days." "But that ought to make you happy." "It did, but today is the last day."
WOMAN
When she is 18 - She is a football, 22 men going after her.
When she is 28 - She is a hockey ball, 8 men going after her.
When she is 38 - She is a golf ball, 1 man hitting on her.
When she is 48 - She is a pingpong ball, 2 men pushing to each other.
MAN
At 20 - A man is like a coconut, so much to offer, so little to give.
At 30 - He is like a durian, dangerous but delicious.
At 40 - He is like a watermelon, big, round and juicy.
At 50 - He is like a mandarin orange, the season comes once in a year.
At 60 - He is just like a raisin, dried out, wrinkles and cheap.
Marriage Humour in the beginning, God created earth and rested. Then God created man and rested. Then God created woman. Since then, neither God nor man has rested.

Tsunami Survivors

NAIROBI (AFP) - A baby hippopotamus that survived the tsunami waves on the Kenyan coast has formed a strong bond with a giant male century-old tortoise, in an animal facility in the port city of Mombassa, officials said.
The hippopotamus, nicknamed Owen and weighing about 300 kilograms (650 pounds), was swept down Sabaki River into the Indian Ocean, then forced back to shore when tsunami waves struck the Kenyan coast on December 26, before wildlife rangers rescued him.
"It is incredible. A-less-than-a-year-old hippo has adopted a male tortoise, about a century old, and the tortoise seems to be very happy with being a 'mother'," ecologist Paula Kahumbu, who is in charge of Lafarge Park, told AFP.
"After it was swept and lost its mother, the hippo was traumatized. It had to look for something to be a surrogate mother. Fortunately, it landed on the tortoise and established a strong bond. They swim, eat and sleep together," the ecologist added.
"The hippo follows the tortoise exactly the way it follows its mother. If somebody approaches the tortoise, the hippo becomes aggressive, as if protecting its biological mother," Kahumbu added.

"The hippo is a young baby, he was left at a very tender age and by nature, hippos are social animals that like to stay with their mothers for four years," he explained.
Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

Mak...

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiterdewasa
dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh
nak tinggalkan anak² mak
nak tinggal kan dunia fana ni
mak macam dan sedia

Seminggu sebelum tu
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tu
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih
kakak pun rasa hairan
mak tak penah buat gitu
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam
kengkadang siaran indonesia
mak terus tekun menganyam
rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih²
pastu mak jemur karpet-karpet
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain
mak biarkan ruang tu kosong
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan

Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak
ada kat dalam almari
ada kat dalam dalam beg
ada dalam ASB
ada kat dalam Tabung Haji
mak cakap tak berapa cukup lagi
ada kat dalam gulung tikar
masa tu mak perasan takk
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa
mak cuma gelak jer
emmm... bahagianya saat ituu

Mak...
hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang
mak tiba² sakit perut
bila malam tu kiter sampai dari KL
mak dah dalam kesakitan
Akak dan abang kat kampung semua dah pujuk
mak tetap tak mau pi hospital
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk
Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital
tapi kiter berkeras juga pujuk
nanti di hospital ada doktor
ada ubat untuk mak
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer
Mak tetap tak bersetuju
mak memang degil
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital

Mak...
ampunkan kami semua
kami nak mak sihat
kami sayang mak
kami tak mau mak sakit
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital
ampunkan kami yer mak

Mak...
malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itulah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter
masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
kiter kata nak beli kereta
Mak asyik tanya ajer
cukup ker duit
kiter jawab pula
kalau tak cukup, mak kan banyak duit
mak gelak ajer

Lepas tu bila kereta kiter sampai
mak buat kenduri kesyukuran
Dan kiter masih ingat lagi
bila kiter eksident erlanggar kelinn naik motor
Punya la kiter takut
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak
Bila balik sahaja kampung
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek
mak tanya kenapa...?
Selamba jer kiter jawab terlanrgar pokok bunga

Mak...
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar
mak, kiter menipu mak kan
ampunkan kiter

Mak...
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aje kat hospital
nurse tengah balut mak dengan kain putih
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital
Mesti mak nampak abang cium dahi mak
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi
kiter memandu dalam keadaan separuh sedar
Adik kat sebelah diam melayan perasaan
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini
jalan di depan terasa makin kelam
airmata dah tak mampu ditahan
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga
disebabkan pagi masih awal,
jadi jalan tu lengang... kosong... sekosong hati ini
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya
terasa syahdu dan sayu gitu... dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak
Jam 11.00 pagi mak dimandikan
Anak² mak yang pangku masa mak mandi
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak
Kiter gosok kaki mak perlahan-lahan
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter
Dia kata, "dikk, jangan nangis, kalau sayang mak jangan buat gitu, jangan nangis ya."
Bila makcik tu kata gitu
lagi laaaa laju airmata ni
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis
kiter nangis ni
ni kat dlm bilik
baru pukul 4.00 pagi
takder orang yang bangun lagi
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih
kiter rindu kat mak!
Takpa la
nanti bila kita selesai sembahyang Subuh
kiter baca Yassin untuk mak
mak tunggu ya...!

Mak...
Sebelum muka mak ditutup buat selamanya
Semua anak² mak mengelilingi mak
menatap wajah mak buat kali terakhir
Semua orang kata mak seolah² senyum aja
Mak rasa tak
masa tu kiter sentuh dahi mak
kiter rasa sejukkkk sangat dahi mak
Kiter tak mampu nak cium mak
kiter tak daya
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar
airmata kiter tak boleh tahan
Mak mesti ingat, kan
yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak
tapi kite suruh tok imam bacakan doa
sebab kite sebak

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik
badan akak terasa panas
makk... anak mak yang seorang tu demam
mak tauu... cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan

Mak...
Hari² kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi
Begitu terasa kehilangan mak
boleh kata setiap malam selepas Maghrib anak mak ini berendam airmata
Dan sampai satu tahap
masa tu malam Jumaat selepas Maghrib
Selepas kiter baca Yassin ngan kawan-kawan
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar² mak
pastu apalagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung
Mak tauu
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda
Kiter rasa nak telefon mak
nak cakap dengan mak
anak mak yang ni dah tak betul, kan...???
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampung
Kiter cakap dengan kakak
kiter nangis lagi
Puas la kakak memujuk kiter
Akak kata..."tak baik laa nangis aje, doalah untuk mak, nanti kalau gini ajer...
mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis
Agaknya mak nampak adegan tu
sebab malam Jumaat kata orang roh balik rumah
mengharap sedekah dari anak²nya

Mak tau tak
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati
rasa ngilu sangat
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma
hanya sedekah Al-Fatihah kiter berikan

Mak...
cukup la sampai sini dulu
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu
kejap lagi kami nak pergi solat Subuh kat masjid
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih
pastu kawan kiter bgtau
simpan je buat kenangan
Kiter cuma tau alamat ni aje
Takper yer mak
kiter kasi orang lain baca
Kiter stop dulu
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu

Akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah
sampai masuk unibesiti
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang
boleh rasa duduk kat negara orang
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas
Sekian terima kasih.

Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

Friday, December 23, 2005

KIDS’ PROVERBS

A first grade teacher had twenty-five students in her class and she presented each child in her class the first half of a well known proverb and asked them to come up with the remainder of the proverb. It's hard to believe these were actually done by first graders. Their insight may surprise you.
While reading these keep in mind that these are first graders, 6-year-olds, because the last one is classic!
  • Don't change horses … until they stop running.
  • Strike while the … bug is close.
  • It's always darkest before … Daylight Saving Time.
  • Never underestimate the power of … termites.
  • You can lead a horse to water but … how?
  • Don't bite the hand that … looks dirty.
  • No news is … impossible.
  • A miss is as good as a … Mr.
  • You can't teach an old dog new … math.
  • If you lie down with dogs, you'll … stink in the morning.
  • Love all, trust … me.
  • The pen is mightier than the … pigs.
  • An idle mind is … the best way to relax.
  • Where there's smoke , there's … pollution.
  • Happy the bride who … gets all the presents.
  • A penny saved is … not much.
  • Two's company, three's … the Musketeers.
  • Don't put off till tomorrow what … you put on to go to bed.
  • Laugh and the whole world laughs with you, cry and … you have to blow your nose.
  • There are none as blind as … Stevie Wonder.
  • Children should be seen and not … spanked or grounded.
  • If at first you don't succeed … get new batteries.
  • You get out of something only what you … see in the picture on the box.
  • When the blind lead the blind … get out of the way.
    And the WINNER and last one!
  • Better late than … pregnant.

KES HARTINA KAMARUDIN

Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut. Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam. Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo ChineseSchool A. C. S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik. Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh". Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer di Kampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur. Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi ke rumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate (Encik Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India. Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas di fikiran saya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut. Walaupun kami datang setiap bulan, kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?" Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu. Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka. Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu. Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21 Februari 1996, Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30 malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang handphone sambil mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India. Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac 1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut, baru lelaki itu berani menunjukkan segaladokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung. Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut. Saya bersama isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orangMelayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu?. Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang ke rumah pada malam itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tercatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?" Dia kata yang pihaknya telah pun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik ke sana ke mari tanpa sebarang tindakan yang diambil ke atas Hartina mahu pun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya. Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya. Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya? Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India. Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak. Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April, kira-kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya. Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina. Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan. Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur. Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina. Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut ganti rugi sebanyak 30 juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami. Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu Caves untuk menguruskannya. Tiba-tiba sayaMendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa. Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah dan perniagaan saya berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Walau bagaimana banyak laporan yang saya lakukan, tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu oleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka. Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri, tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini, Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu. Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula. Bila mendapat keterangan diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya kembali ke nama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya di PulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menelefon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan. Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak, saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga. Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang. Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya, "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina ke balai. Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah. Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi, hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul di hadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka? Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter di hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi ke arahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri. Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu. Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan. Saya jatuh tersungkur. Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya. Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya. Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya menyoal polis itu, "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu. Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (Encik Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata). Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas itu saya hanya berehat sahaja di rumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah, saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran. Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan. Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya, orang pertama yang disyaki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah ditahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998. Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki. Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16 tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari. Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa. Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu. Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu. Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu. Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas dua minggu saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain. Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu. Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi? Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya. Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu. Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah. Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH.

PEMBONGKARAN KES PEMBUNUHAN KELUARGA MALAYSIA

Penyiasat membongkar kes pembunuhan keluarga Malaysia selepas 12 jam…

Warganegara Indonesia: Bersalah dalam pembunuhan Nasr City... kerana perselisihan kewangan – membunuh dan membakar kawannya sekeluarga untuk menghilangkan kesan jenayahnya.

Pegawai Penyiasat daripada pejabat Am Penyiasatan, Kaherah telah berjaya membongkar kes pembunuhan sekeluarga rakyat Malaysia dalam masa 12 jam selepas kejadian. Keluarga tersebut terdiri daripada Mohd Zaki Ayob (27 tahun) mahasiswa tahun akhir Jabatan Syariah Islamiah Universiti al-Azhar, isterinya Nurul Hayati bt Bohari (27 tahun) suri rumah dan 2 orang anak mereka Maryam (4 tahun) dan Mu'az (setahun). Mereka dijumpai hangus terbakar dan terdapat beberapa kesan tikaman di dalam rumah sewa mereka di No 51, Kawasan Perumahan Swisry Nasr City. Pihak siasatan polis mengenalpasti tertuduh yang membunuh keluarga tersebut ialah Darman Agustari (33 tahun) warganegara Indonesia pemilik sebuah restoran yang merupakan kawan kepada mangsa. Tertuduh melakukan jenayah tersebut dengan membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pisau selepas berlaku perselisihan diantara keduanya dalam perkara yang berkaitan dengan perniagaan pertukaran wang asing. Kemudian tertuduh telah membunuh isteri mangsa sewaktu beliau cuba untuk meminta tolong kepada jiran yang lain. Tertuduh meletakkan 2 mangsa yang dibunuhnya tadi dalam bilik tidur bersebelahan dengan kedua-dua anak mereka yang menangis ketakutan. Tertuduh juga melarikan sejumlah wang dan 2 telefon bimbit seterusnya menyalakan api untuk membakar 4 ahli keluarga tersebut untuk menghilangkan kesan-kesan pembunuhan lantas menutup pintu dan melarikan diri dalam keadaan tenang dengan harapan tiada seorang pun menyedari tindakannya. Pihak polis telah berjaya menangkap tertuduh dan dia telah mengaku bersalah dan menceritakan secara terperinci apa yang telah dilakukannya.

Kejadian kebakaran dapat dikesan pada jam 10 pagi hari Jumaat ketika penghuni blok bangunan tersebut iaitu No 51, Kawasan Perumahan Swisry, Nasr City menyedari ada kepulan asap yang tebal keluar daripada rumah mangsa (Mohd Zaki Ayob). Semua yang melihat kejadian itu terkejut dan mendapati api sedang marak menyala daripada rumah mangsa. Kebakaran berlaku dalam masa yang begitu pantas dan mereka tidak mampu memadamkannya dan tiada seorang pun tahu kewujudan mangsa dalam rumah tersebut pada waktu itu.

Penduduk kawasan perumahan tersebut segera melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan bomba, dan tidak lama kemudian 3 buah kereta bomba sampai di tempat kejadian lalu mereka mengambil tindakan pantas memadamkan kebakaran disamping menutup mematikan elektrik dan saliran gas di blok bangunan tersebut.

Pihak bomba dengan pantas berjaya mengawal api dengan bantuan penduduk setempat. Dan mereka terkejut apabila mendapati terdapat empat jasad keluarga mangsa hangus terbakar dalam bilik tidur rumah tersebut di samping wujudnya kesan-kesan darah di dalam rumah mangsa yang mengambarkan terdapatnya unsur-unsur pembunuhan telah berlaku dalam kejadian kebakaran tersebut. Tertuduh mengambil jalan membakar rumah mangsa untuk menyembunyikan jenayahnya.

Tikaman Pisau

Ketua Polis Bahagian Penyiasatan dan pihak yang bertanggungjawab sampai ke tempat kejadian telah membongkar kes pembunuhan tersebut berdasarkan bukti-bukti yang boleh membantu siasatan mereka di antaranya wujudnya beberapa kesan tikaman di dada, tengkuk dan muka mangsa. Begitu juga yang terdapat di jasad isterinya, begitu juga pembakaran jasad mereka sekeluarga. Mereka juga mendapati tiadanya sebarang kesan ceroboh di pintu rumah dan tingkap rumah sewa mangsa. Ini menyakinkan lagi bahawa pembunuh adalah seorang yang dikenali oleh mangsa dan dia adalah tetamu kepada mangsa.

Kejadian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Nabil Azby, pembantu Menteri Dalam Negeri bahagian keamanan Kaherah lalu mengarahkan agar pembentukan satu pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Pejabat Am Siasatan untuk menyelesaikan kes ini dan menangkap pembunuh. Mereka telah menyoalsiasat kawan-kawan mangsa daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia dan sesiapa sahaja yang selalu datang ke rumah mangsa. Pihak berwajib mendapat maklumat hasil soal jawab tersebut bahawa mangsa datang ke Mesir bersama isterinya lebih kurang 5 tahun yang lalu untuk belajar di Universiti al-Azhar dan mereka berdua menyewa sebuah rumah dan tinggal di situ dan Allah mengurniakan dua orang cahaya mata sepanjang tempoh tersebut. Untuk mendapatkan pendapatan tambahan mangsa telah menyewa sebuah rumah untuk dijadikan restoran makanan Malaysia dan cyber cafe serta pada masa yang sama telah membeli sebuah motosikal.

Pembunuh dikenalpasti

Hasil siasatan mendapati mangsa yang dibunuh telah melakukan urusan perniagaan pertukaran mata wang asing tanpa permit dengan rakannya Darman Agustari (33 tahun) warganegara Indonesia pemilik Restoran Makanan Asia di kawasan perumahan yang sama yang telah bersembunyi selepas kejadian.

Pihak penyiasat polis melakukan usaha pencarian untuk menjejaki rakan mangsa yang berwarganegara Indonesia ini dan berjaya menangkap dalam salah sebuah hospital swasta di Mohandesin, Giza yang sedang mendapatkan rawatan hasil kecederaan ringan tangan kirinya.

Pada permulaannya, semasa sesi soal jawab dijalankan tertuduh berusaha untuk menafikan dan mendakwa bahawa dia tiada kaitan dengan kejadian tersebut. Namun dia tidak mampu menjawab soalan yang diajukan berkaitan dengan kecederaan yang dialaminya. Setelah ditekan dan diajukan soalan yang bertubi-tubi akhirnya dia mengakui bersalah melalukan jenayah tersebut sambil menangis dan menjerit-jerit. Tertuduh berulangkali mengatakan, "Ya akulah yang membunuh kawan aku rakyat Malaysia dan ahli keluarganya dan aku juga telah membakar mangsa di rumah mereka".

Tertuduh mengaku

Sambil mengingati detik-detik pembunuhan tersebut tertuduh menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah rakannya (mangsa) pada jam 9 pagi 1 Ramadhan untuk mendapat persetujuan urusan tukaran mata wang asing sebanyak USD 16,000 mewakili seorang kawannya yang lain. Dan ketika perbincangan berlaku perselisihan faham di antara kedua-duanya dan ia bertukar menjadi pergelutan yang menyebabkan mangsa mengambil pisau dari dapur dan menyebabkan kecederaan di tangan tertuduh. Lantas tertuduh melawan kembali dan mengambil pisau dari tangan mangsa lalu menikamnya beberapa kali. Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah di badannya, tiba-tiba isteri mangsa menyedari kejadian tersebut lantas menjerit meminta tolong sejurus selepas keluar daripada bilik tidur. Lalu tertuduh memegang isteri mangsa dan menutup mulutnya sambil menikamnya dengan pisau. Kemudian tertuduh menarik kedua-dua jasad mangsa suami isteri dan meletakkannya di sebelah kedua-dua anak mereka yang sedang menangis ketakutan. Kemudian tertuduh menggeledah rumah mangsa dan menjumpai sejumlah wang sebanyak 44,000 pound Mesir dan 2 telefon bimbit lalu melarikannya. Dalam keadaan marah tertuduh mengambil tindakan membakar rumah sewa mangsa, kemudian dia pun keluar melarikan diri dengan sangkaan tiada seorang pun yang akan mengetahui tindakan jenayah yang dilakukan. Seolah-olah kematian mangsa disebabkan oleh kebakaran ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Namun segala-galanya terbongkar selepas beberapa jam sahaja, kejadian tersebut telah menghantui tertuduh sehingga dia tidak dapat tidur dengan lena. Tertuduh menyambung dengan mengatakan "Sekarang saya sangat sedih kerana membunuh keluarga mangsa yang tidak berdosa". Tertuduh juga mengatakan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya dan sanggup menerima sebarang tindakan atas perbuatan jenayahnya dan akan menunjukan tempat terletaknya pisau serta kedudukan barang-barang yang diambilnya. Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Sumber: Al-Gomhuria 17/10/2004
Tulisan: Aiman as-Sibaie
Terjemahan: Anhar Opir

KAUKAH PEREMPUAN ITU?

kaukah perempuan itu
pandangan pertama penuh simpati
betapa ayu gadis melayu
namun dalamnya dusta semata
kaukah perempuan itu
yang hadir lewat zaman itu
tersenyum bersama zuriat
yang terlalu kau agungkan
dan kini pabila kau kehilangan
perlukah kau menuding orang lain
menyalahkan agar hilang kesalmu
namun
sedarkah kau satu waktu
kau mendoakan kematiannya
kaukah perempuan itu
yang kian lupa akan tanggungjawab
hingga rumah bukan lagi syurga indah
segala urusan kau anggap mudah
hingga tanggungjawab kian lupus
bersama masa yang beredar
kaukah perempuan itu
yang menjaja kekurangan suamimu
mendabik dada kaulah yang terbaik
kononnya segalanya kau sediakan
hingga kau terlupa akan kebaikannya
kaukah perempuan itu
yang menyambut suami dengan kata sindiran
kala malam mengharap kehangatan
agar terpenuh segala impian
kaukah perempuan itu
yang hanya tersentak seketika
kini kian terlupa
tersesat dalam dunia rekaanmu
kaukah perempuan itu...

TIADA ALASAN BOLEH MELACUR KERANA DARURAT

Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada surat Saudara Rozmal Malakan dari Senawang yang meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan penjelasan terhadap isu bekerja sebagai pelacur atas alasan darurat, saya terpanggil untuk memberi pandangan walaupun bukan ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Beberapa ulama memberikan ulasan mengenai takrif darurat berdasarkan maksud dalam ayat 3, surah al Maidah:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Menurut Imam Abu Bakar Al Jasas, darurat itu adalah satu keadaan ditakuti atau dikhuatiri akan berlaku kemusnahan ke atas nyawa atau beberapa bahagian anggota badan apabila tidak memakan makanan yang haram itu.
Al Bazdawi pula mengatakan bahawa darurat itu ialah keadaan di mana jika keengganan untuk memakan makanan yang haram itu akan menyebabkan kemusnahan nyawa dan anggota.
Ulama mazhab As Syafie (as Syafiyyah ) mengatakan skop darurat itu bukan sekadar takut kehilangan nyawa jika tidak memakan makanan yang haram itu, tetapi ditakuti juga akan berlaku kesakitan atau sakitnya bertambah teruk atau sakitnya itu akan berpanjangan.
Mereka juga meletakkan kekhuatiran akan ditinggalkan oleh rakan seperjalanan dan ketidakmampuan untuk mengendalikan kenderaan jika tidak memakan makanan yang haram itu mahupun melakukan perkara yang terlarang.
Imam Abu Zuhrah pula mendefinisikan darurat pula sebagai satu keadaan ditakuti akan kehilangan nyawa ataupun kehilangan harta keseluruhannya ataupun masahat dharurinya (agama, nyawa, maruah, akal dan harta) terancam jika tidak memakan yang haram atau tidak melakukan perkara yang terlarang dengan syarat tidak menyentuh hak orang lain.
Sesungguhnya syarak telah menetapkan beberapa syarat yang membolehkan seseorang itu memakan makanan yang diharamkan atau melakukan perkara yang dilarang mahupun meninggal atau menangguh perkara yang diwajibkan ke atasnya.
Berikut adalah beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam dalam meletakkan sempadan daerah darurat itu sendiri. Jika menepati kriteria ini barulah terpakai kaedah syarak seperti darurat mengharuskan perkara yang dilarang:
  • Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu didasarkan andaian, andaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.
  • Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak ada jalan lain yang dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. Contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba.
  • Orang yang dalam keadaan darurat (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi Syariat Islamiah dan usul akidah Islamiah seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).
Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringan dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.
  • Ketika melepaskan keadaan daruratnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan darurat diukur dengan tingkatannya.
  • Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
  • Dalam pemerintahan negara, pemimpin perlu memastikan kepentingan awam dan negara didahulukan walaupun kadang-kadang terpaksa mengambil jalan yang terlarang apabila jalan yang halal tiada atau kurang berkesan dalam menjaga kepentingan negaranya seperti pandanganbeberapa orang ulama yang berpandangan harus membayar hutang negara kepada badan-badan dunia atau negara-negara kuasa besar bersama dengan faedah pinjaman walaupun pada asasnya riba itu haram kerana menjaga kepentingan negara daripada terjual atau tergadai kepada kuasa asing.
Daripada sedikit ulasan di atas, alasan melakukan perkara yang diharamkan kerana darurat tidak semudah seperti ia diungkapkan kerana pada hakikatnya ia masih terikat dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Fenomena yang berlaku di masyarakat kita ialah ramai di kalangan umat Islam menggunakan alasan darurat dengan melakukan perkara yang haram dalam perkara peminjaman secara riba sedangkan peminjam berkenaan bukannya dalam perkara ‘daruriyyat tetapi hanya dalam perkara ‘tahsiniyyat’ sahaja.Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistic peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan.

- ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak.


Terima kasih kepada jawapan Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak yang terdapat dalam ruangan Forum Utusan Malaysia Selasa 28 Jun 2005 kerana telah menjelaskan kekeliruan mengenai hukum pelacuran yang terdapat dalam ruangan soal jawab agama bersama Dr Mashitah di Harian Metro Ahad 19 Jun 2005.