Monday, May 01, 2006

Bayi 70 - 80-an

Rindu nyer kat zaman kecik² dulu. Happy je memanjang. Main je ngan kawan² 24 hrs. Hehehe. Untuk bacaan pada masa lapang. Enjoy... sure korang teringat balik zaman² sekolah dulu.
Tanda-tanda anda bayi tahun 70- 80-an:
  • Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
  • Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah? Hmm, mesti pegang cawan warna-warni, kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah. Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.
  • Ni sure korang ingat... program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak² time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb!
  • Cikgu² kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan?
  • Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.
  • Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. Ni for those yg dok KL laa.
  • Time sekolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan China tu. Ada yang suka stoking tebal laaa.
  • Internet? Email? Menda alah ape tu? CD? Ape tu? Kaset tape penah laa dengar. Tiket wayang pun 5 ringgit je.
  • Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum-Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'Ti Kam'.
  • Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
  • Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tuh. Lagi satu, loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak² yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.
  • Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa. Permainan kegemaran: main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar² duduk.
  • Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak² color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah² dia!
  • Lipat kertas kecik², pastu buat lastik. Hmmm, ni pun kita main dulu ni. Baling² kapur laa.
  • Budak² kat university sekarang, kebanyakannya lahir tahun 1987/88. Sekarang digelar 'remaja'.
  • Bagi diorang, diorang mana pernah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorang tau, yg Westlife nyanyi, bukan Billy Joel nyanyi. Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
  • AIDS wujud sejak diorang lahir.
  • CD pun wujud time diorang lahir.
  • Michael Jackson dah putih dah time tu.
  • Diorang percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem² baru.
  • Diorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
  • Diorang tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
  • Diorang tak percaya pernah ada TV hitam putih dan diorang sekarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
  • Diorang tak paham macam mana kita boleh survive kat universiti tanpa handphone...

So, jom kita check, kita ni dah tua ke?

  1. Korang paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum
  2. Kebanyakan member² sekolah menengah kita dah kawin
  3. Korang sure pelik bila tengok budak² kecik main komputer, selamba je
  4. Kita geleng kepala bila tengok budak² sekolah menengah guna handphone
  5. Kita dah tak banyak sembang² dgn member melalui telefon lagi setiap hari
  6. Bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang
  7. Pasal cerita² lama, cerita² kelakar yang kita alami masa dulu time kecik², nakal² dulu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home