Thursday, December 22, 2005

CIRI-CIRI NETTER SEJATI

Dari hasil soal selidik tentang tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:
  • Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai!
  • Loceng di rumah anda tercatat "Click Here To Continue".
  • Pintu bilik mandi anda tercatat "This site contains Adult Material, please verify your age".
  • Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.
  • Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.
  • Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
  • "Unable to locate your server!" kata anda ketika menerima salah panggilan.
  • Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.
  • Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.
  • Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
  • Anda menonton filem "The Net" ... 63 kali.
  • Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang "UNDO".
  • Isteri anda meletakkan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.
  • Anda memberi nama anak anda Eudora, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.
  • Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@yourdomain.com
  • Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi "This body best viewed with Internet Explorer 5.5 or higher."
  • Anda akan mengakses http://www.xxx.com bila tengah bosan dengan pasangan anda.
  • Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata "request time out!!!"
  • Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.
  • Anda yang membaca blog ini sampai habis.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home