BUAH SEGAR & KHASIATNYA
Setiap buah mengandungi khasiat yang berbeza. Sekurang2nya sebiji buah diambil setiap hari. Namun sekiranya kita mempelbagaikan variasi buah dlm menu seharian, ianya adalah lebih baik. Semakin lengkap zat gizi yang diambil semakin byk manfaat yg diperolehi oleh tubuh.
Anggur
Terutamanya yang berwarna merah dan coklat kehitaman berguna sbg anti oksida. Jus anggur dpt menurunkan kolesterol dlm tubuh badan. Selain itu, kandungan mineralnya dpt mempertahankan kadar kenormalan estrogen dlm darah wanita yg mengalami menopause sehingga memperlambatkan kereputan tulang. Kadar gula yg tinggi dlm buah anggur boleh menghasilkan tenaga yg cepat dan sesuai utk memulihkan tenaga dgn segera. Tapi tidak digalakkan untuk mereka yg menghidap diabetes.
Epal
Kulit epal mengandungi pectin iaitu sejenis serat makanan yg mudah larut dan bila dimakan atau dijadikan jus dgn isinya sekali sgt bermanfaat sbg pembersih racun dari dlm tubuh. Kandungan vitamin C pada epal sgt tinggi dan amat sesuai bagi mereka yg berdiet, penghidap diabetes dan darah tinggi. Epal juga dpt mengurangkan masalah gangguan pencernaan dan rasa mual ketika hamil.
Mangga
Kaya dgn kandungan seratnya, vitamin A & C. Mangga bermanfaat sbg anti sembelit, membersihkan sistem peredaran darah dan dlm jangka panjang dpt mencegah kanser dan gangguan pembuluh darah.
Tembikai
Kaya dgn kandungan vitamin A, B kompleks dan C serta mineral kalium dan magnesium. Juga dpt membersihkan sistem perjalanan darah dari racun dlm badan. Juga berfungsi sbg agen pembersih kulit.
Belimbing
Banyak mengandungi serat makanan spt vitamin A,C serta kalium. Zat gizi ini bermanfaat dlm menjaga sistem pembuluh darah dan jantung serta menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Betik
Mengandungi vitamin A, B kompleks, C karotenoid & kalium tetapi dlm jumlah yg sederhana dan tidak sebyk dlm tembikai. Betik mengandungi sejenis enzim yg dpt membantu proses pencernaan protein. Jusnya baik utk menurunkan kadar keasidan dlm badan.
Pisang
Buah ini juga sumber penting bagi keperluan vitamin C, kalium serta gula buah. Kalium yg terdpt pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.
Tomato
Kaya dgn anti oksida yg mampu mencegah pelbagai jenis kanser terutamanya kanser rahim, buah pinggang dan pancreas. Kandungan vitamin A & C berperanan meningkatkan imuniti badan. 100gm buah tomato mampu menyediakan separuh keperluan vitamin C utk tubuh badan kita.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home