Wednesday, December 21, 2005

Bagi Orang Yang Tak Berapa Faham…

  1. Jalan raya adalah untuk kita bergerak kesana kemari dengan selesa, bukan untuk menunjuk handal berlumba ataupun menunjuk kehebatan kenderaan memecut!
  2. Lampu 'hazard' digunakan untuk kenderaan rosak yang tak bergerak, bukan untuk memberitahu orang anda tak nampak jalan dalan hujan lebat!
  3. Tong abu rokok adalah untuk kita membuang puntung rokok, bukan untuk dijadikan hiasan sahaja!
  4. Kemudahan internet adalah untuk kita mencari ilmu dan maklumat, bukan untuk mencari bahan lucah!
  5. Pejabat adalah untuk orang bekerja, bukan tempat untuk bersembang dan membaca surat khabar!
  6. Suami adalah tempat isteri bergantung, bukan tempat untuk membebel dan meminta itu dan ini sampai suami lari cari perempuan lain!
  7. Isteri adalah tempat suami bermanja, bukan bantal penumbuk untuk melepas geram dan dijadikan hamba abdi!
  8. Taman bunga adalah tempat kita berehat dan berekreasi, bukan tempat untuk beromen dan melakukan maksiat!
  9. Sekolah dan pusat pengajian tinggi adalah untuk kita mencari ilmu, bukan setakat lulus periksa dan dapat sijil sahaja!
  10. Lampu isyarat kenderaan adalah untuk memberitahu orang kita akan membelok, bukan sebagai perhiasan kenderaan!
  11. Ruangan berkenalan adalah tujuan untuk mendapat kenalan dan sahabat bagi bertukar fikiran dan mencari jodoh, bukan tempat untuk mendapatkan khidmat seks!
  12. Mesjid adalah tempat beribadat, bukan ibu-pejabat untuk memulakan rusuhan dan tunjuk perasaan ataupun untuk mendapat kasut free!
  13. Telefon awam adalah untuk kemudahan orang ramai berhubung dan bila masa ada kecemasan, bukan untuk dirosakkan dan mendapat syiling percuma!
  14. Lampu isyarat adalah untuk memberi peluang laluan kepada kenderaan, bukan untuk dijadikan 'starter' bagi pelumba-pelumba jalanraya!
  15. Perlawanan bolasepak adalah sukan untuk ditonton dan disokong, bukan gelanggang untuk bergusti, berperangai liar dan pertandingan topeng muka tercantik!
  16. Kerusi parlimen adalah untuk wakil berkhidmat kepada rakyat, bukan peluang untuk mengumpul harta!
  17. Komputer adalah kemudahan bagi manusia memperolehi produktiviti, bukan untuk menghabiskan masa bermain 'games'!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home