Wednesday, December 21, 2005

40 KESILAPAN IBU BAPA

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga.
Hargai dan sayangilah mereka.
Kepada semua yang bergelar ibu bapa, kita sama-sama renungkan.
  • Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
  • Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
  • Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
  • Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
  • Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
  • Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
  • Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
  • Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
  • Kurang melahirkan kasih sayang.
  • Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
  • Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
  • Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
  • Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
  • Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
  • Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
  • Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca.
  • Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
  • Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
  • Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
  • Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
  • Tidak menggunakan bahasa yang betul.
  • Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
  • Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
  • Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
  • Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
  • Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
  • Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
  • Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
  • Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
  • Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
  • Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
  • Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
  • Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
  • Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
  • Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
  • Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
  • Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
  • Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
  • Tidak tegas mendidik anak-anak.
  • Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama.

Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

0 Comments:

Post a Comment

<< Home